Selasa, 29 November 2011

MULTIMEDIA DAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN

Bincangkan bagaimana penggunaan multimedia dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.





Pengenalan



            Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna (Jamalludin dan Zaidatun,2003).  Multimedia merupakan salah satu daripada kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut.



            Menurut Jamalludin dan Zaidatun(2005), perkataan multimedia yang digunakan sejak 1970-an membawa pengertian yang berbeza dengan takrifan multimedia sekarang. Persembahan slaid yang diiringi kesan bunyi, persembahan yang menggabungkan audio-visual menerusi televisyen, persembahan teater dengan sokongan elemen video, penggunaan transparensi dengan sokongan grafik berwarna warni misalnya dianggap sebagai satu persembahan multimedia. Ia selaras dengan definisi multimedia ketika itu, iaitu penggunaan pelbagai jenis media iaitu penggunaan lebih dari satu media dalam satu persembahan walalaupun media yang digunakan terpisah atau terasing antara satu sama lain.



            Pada pertengahan tahun 1980-an, iaitu apabila teknologi komputer semakin maju dan mula mendominasi setiap aspek kehidupan manusia, multimedia mula dikaitkan dengan persembahan menerusi penggunaan komputer yang menggabungjalinkan lima media utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Ia melibatkan penggunaan kombinasi mana-mana dua atau lebih media yang telah dinyatakan. Kepelbagaian media di dalam satu persembahan multimedia bukan lagi terasing tetapi kini diintegrasikan bersama di dalam satu sistem menerusi teknologi komputer.



            Definisi multimedia yang diberikan oleh Webopedia pula ialah penggunaan komputer untuk mempersembahkan teks, grafik, video, animasi dan bunyi dalam cara yang diintegrasikan. Ia selaras dengan definisi yang diberikan oleh Multimedia Development Corporation Sdn Bhd iaitu multimedia adalah kombinasi yang melibatkan penggunaan teks, grafik, bunyi, animasi dan video.  Di rumah, program multimedia boleh didapati di dalam komputer, televisyen dan peralatan hiburan. Ia menyalurkan berita, sukan, permainan elektronik dan wayang gambar ke rumah. Ia juga membolehkan kita membeli belah, berbual dan bermain melalui komputer dan internet tanpa keluar rumah. Di sekolah, multimedia memudahkan kita mencari maklumat dan mempelajari kemahiran baru dengan cara yang menarik dan di sudut rekreasi pula, multimedia telah mempelbagaikan permainan kanak-kanak. Permainan elektronik amat menyeronokkan. Kita bukan sahaja boleh bermain sendirian atau dengan rakan setempat malah melalui internet kita boleh bermain dengan kawan-kawan di seluruh dunia.



            Perkembangan teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara mentafsir dan menggunakan maklumat dan sebagainya. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan dapat dicapai dengan lebih mudah dan pantas.



Multimedia Dalam Pendidikan



            Di dalam dunia teknologi maklumat masa kini, di mana kita sering dihujani dengan maklumat yang begitu banyak, adalah amat penting bagi kita untuk menguruskan maklumat-maklumat ini supaya ianya memberi makna kepada kita. Jika tidak, maklumat ini tidak dapat digunakan untuk kebaikan dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita. Kita yang berada di dalam dunia pendidikan ini perlulah melihat kepada penggunaan teknologi yang canggih dalam membentuk sistem yang dapat membantu memberi pengetahuan yang berguna kepada pelajar-pelajar.



            Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.



            Dalam dunia pendidikan subjek utamanya adalah guru dan pelajar. Adanya guru kerana adanya pelajar. Guru dan pelajar sama-sama telibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu proses dua hala di mana guru mengajar atau menyampaikan ilmu dan pelajar belajar iaitu menerima atau menimba ilmu.



            Dalam sesuatu pengajaran secara tradisi, walaupun tidak dinafikan akan kejayaan yang telah diperolehi, namun ianya juga membawa bersamanya pelbagai masalah dan kekangan. Komunikasi sehala banyak berlaku di mana  seseorang guru berperanan sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini boleh mengurangkan minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.



Kehadiran komputer serta teknologi multimedia di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban dan kekangan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran tradisi. Bagaimanakah penggunaan multimedia ini dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?



Mudah Memahami Konsep



            Penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep. Dengan adanya gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi, pelajar lebih mudah memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh, dalam mengajar Sistem Pencernaan Manusia, guru boleh menggunakan teks, grafik dan animasi bagi menunjukkan apa yang berlaku kepada makanan yang dimakan oleh seseorang bermula daripada makanan itu dimasukkan ke dalam mulut sehinggalah ia diserap ke dinding usus dan bahan buangan dikeluarkan dari badan sebagai najis.



            Dalam topik Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk dalam Matematik Tingkatan Empat, misalnya, penggunaan gambar dan video boleh digunakan bagi menunjukkan penggunaan konsep nisbah trigonometri dan sudut dongakan dan sudut tunduk untuk menyelesaikan masalah harian seperti menganggar tinggi tiang bendera. Dengan cara ini, konsep yang dibina dapat diperkukuhkan lagi.



Mengingat Lebih Lama



            Dalam dunia pendidikan, penilaian dalam bentuk ujian dan peperiksaan amat penting bagi menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keputusan peperiksaan yang cemerlang amat penting bagi pelajar untuk melayakkan diri mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



            Setiap pelajar mempunyai kemampuan pembelajaran yang berbeza (Gardner, 1993). Pelajar yang pencapaiannya sederhana dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibantu bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Dalam zaman era teknologi maklumat ini, multimedia dapat membantu pelajar ke arah itu. Konsep yang digunakan ialah ‘membawa guru balik ke rumah pelajar bagi membantu pelajar membuat ulangkaji’.



            Menurut Gagne (1985) untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran pelajar perlu mengulangi pelajaran itu beberapa kali. Kaedah pembelajaran berulang menjadikan sesuatu perkara itu mudah difahami dan diingati lebih lama. Penghasilan VCD Fokus Skrin, dengan merakam penerangan guru mengenai sesuatu konsep dan rakaman dibuat  berfokus kepada skrin komputer atau LCD.



            Pelajar seolah-olah melihat penerangan guru kepada sesuatu konsep di rumah dan jika kurang faham boleh diulangtayang seberapa banyak kali yang dikehendaki sehingga faham. Ini dapat mengatasi defisit pembelajaran di dalam kelas. VCD ini boleh digunakan juga apabila hampir dengan peperiksaan untuk mengingat kembali konsep yang telah diajar.



Menarik minat pelajar



            Sesetengah mata pelajaran seperti Matematik, merupakan suatu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar. Penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat menarik minat pelajar kepada subjek berkenaan. Multimedia memudahkan pemahaman-pemahaman idea-idea Matematik yang abstrak. Ia membantu dalam penyiasatan masalah Matematik dan menunjukkan maklumbalas perubahan bentuk objek atau ukuran secara spontan. Contohnya, dengan perisian Geometer’s Sketchpad (GSP), perubahan satu titik pada objek akan mengubah bentuk objek tersebut, perubahan nilai data akan mengubah nilai data berkaitan secara spontan dalam MS-Excel.



            Guru perlu menunujukkan sikap yang positif terhadap matematik kerana ia akan memberikan kesan kepada sikap pelajar. Guru yang menunjukkan minat terhadap matematik akan mendorong pelajar untuk meminatinya. Biasanya minat pelajar berdasarkan sikap dan aspirasi yang ditunjukkan oleh guru. Guru perlu melibatkan diri dalam pembelajaran pelajar dan perlu menampakkan bahawa mereka berminat dalam pembelajaran pelajar mereka. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti komputer dan internet. Para guru boleh mendapatkan maklumat daripada laman-laman web matematik yang ada dan menggabungkannya dengan konsep yang diberikan dalam buku teks dan buku rujukan dalam membina  bahan pengajaran sendiri dengan menggunakan perisian GSP dan MS-Powerpoint. Dengan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia ini dapat mengurangkan rasa bosan pelajar terhadap matematik.



Penjimatan masa



            Masa itu emas. Ia sangat berharga terutama  kepada seorang guru dan pelajar. Melalui bahan multimedia yang telah disediakan sendiri atau melalui bahan pengajaran yang dibekalkan kepada sekolah, guru dapat menjimatkan masa melukis rajah yang agak kompleks di atas papan tulis. Contohnya dalam matapelajaran Biologi, guru tidak perlu melukis rajah jantung di papan tulis. Dengan mudah rajah jantung boleh diperolehi daripada internet dan guru hanya perlu muat turun rajah dan maklumat tersebut seterusnya boleh ditayangkan kepada pelajar di dalam kelas menggunakan projektor LCD. Bahan ini boleh digunakan untuk mengajar kelas-kelas yang lain atau boleh digunakan oleh guru-guru yang lain dengan mudah dan cepat.



            Dengan menggunakan kaedah auditori dan visual dalam mempersembahkan maklumat, pelajar dapat memproses maklumat itu dengan lebih cepat dan dengan itu proses pembelajaran dapat digalakkan.(Michelich.V.,2001)



Kaedah mengajar berpusatkan murid – guru bertindak sebagai pembimbing



            Menurut kajian yang dilakukan Al Ghamdi (1987), mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan efektif.



            Menurut Key Curriculum Press (2001) Perisian Geometer’s Skechpad, GSP ialah sebuah sistem perisian untuk membina , meneroka dan menganalisis secara luas dalam bidang Matematik. Menggunakan perisian ini kita boleh meneroka dan membina model Matematik interaktif daripada penyiasatan yang asas hingga ilustrasi yang kompleks. Sebagai contoh guru boleh membimbing pelajar menyiasat nisbah perimeter kepada diameter bagi beberapa buah bulatan untuk mendapatkan nilai π iaitu 3.142 atau , meneroka soalan-soalan berkaitan dengan tangent sebuah bulatan dan masalah-masalah terbuka. Pelajar boleh melakukan pembinaan geometri dan mereka sendiri menentukan formula untuk menghuraikan perhubungan-perhubungan yang mereka temui. Selain daripada itu pelajar boleh melihat dengan jelas bagaimana penjelmaan yang terdiri daripada translasi, pantulan, putaran dan pembesaran berlaku, menerangkan sifat-sifat setiap penjelmaan itu secara meneroka dan menyiasat. Ini boleh menarik minat pelajar terhadap keindahan matematik dan cuba mengaitkannya dengan dunia sebenar.



Membina kemahiran kolaboratif pada pelajar – beri satu projek multimedia



            Penggunaan multimedia di dalam kelas (Ju-Ping Chung, 2004) boleh membina pengajaran berpusatkan murid yang mana dapat membantu murid memperkembangkan kemahiran koperatif, meneroka dan menyiasat. Guru boleh memberi satu tugasan kepada pelajar secara berkumpulan dan pelajar diminta menggunakan perisian MS-Powerpoint dan maklumat daripada internet bagi mempersembahkan tugasan tersebut. Bagi menjimatkan masa laman web yang berkenaan diberi kepada setiap kumpulan. Guru membimbing pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mendorong pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.



Kemahiran mencari dan menganalisis maklumat



            Dengan menggunakan teknologi komunikasi, guru dan pelajar memperoleh kemahiran baru untuk mengajar dan belajar. Menurut Ashnida, Afendi & Shabri (2004), tugas guru yang menggunakan PBBK (Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer) di dalam kelas meliputi semua aspek iaitu sebagai fasilitator, pengurus sumber dan juga pengajar. Guru membimbing pelajar membuat tugasan masing-masing. Pada pihak pelajar pula, mereka dapat belajar bagaimana cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan mengaplikasikan maklumat yang didapati ke dalam tugasan mereka.



Membimbing pelajar membina kemahiran berfkir secara kritis dan kreatif  dalam menyelesaikan masalah dan  memberi peluang kepada pelajar menyerlahkan kebolehan mereka di dalam kelas



            Bagi sekolah-sekolah di Malaysia Matematik dianggap sebagai satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Kementerian Pendidikan Malaysia,2000) Berpegang pada pandangan tersebut, kurikulum Matematik peringkat sekolah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik, bersistem serta berketrampilan dalam menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan.



            Dengan menggunakan teknologi multimedia melalui komputer dan internet, pelajar dapat dibimbing mencari maklumat-maklumat tambahan daripada apa yang terdapat di dalam buku teks. Mereka dapat melihat bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan menggunakan kaedah yang berbagai-bagai. Ini dapat membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah.



            Dalam dunia pekerjaan sekarang, kemahiran menggunakan teknologi komputer dan multimedia amat diperlukan. Dengan pendedahan di peringkat sekolah iaitu melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dapat menambah literasi pelajar dan menyediakan pelajar dengan ilmu teknologi tersebut. Pelajar juga mendapat peluang mempelajari dan menimba ilmu dari berbagai sumber dengan berbagai pendekatan.



            Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesetengah mata pelajaran seperti matematik telah dikenalpasti mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kadangkala kaedah pengajaran yang digunakan akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lembab dan pasif serta bertumpu kepada guru semata-mata.



            Memandangkan sekolah merupakan medan ilmu untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan, maka wajarlah guru menyediakan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan. Salah satu perkara yang perlu ditekankan oleh para guru, terutamanya di bidang matematik ialah apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran masing-masing dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan bahan teknologi.



Penutup



            Penggunaan teknologi multimedia dapat meningkatkan mutu pengajaran dan seterusnya membina pembelajaran yang menyeronokkan seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.



            Salah satu sifat yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran ialah sifat mudah lupa dan lalai. Kadang-kadang sesuatu soalan itu mudah, tetapi sifat lupa dan lalai menyebabkan pelajar itu membuat kesilapan. Untuk membantu supaya pelajar jangan mudah lupa dan lalai, maka aktiviti penggunaan teknologi multimedia boleh digunakan untuk mereka membuat refleksi tentang apakah konsep dan kemahiran yang mereka telah pelajari.



            Kaedah pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan amat penting dalam memberikan kefahaman kepada pelajar. Jika pelajar tidak faham, mereka akan menjadi lemah dan seterusnya tidak dapat menguasai pelajaran.  Jadi, wajarlah penggunaan teknologi multimedia ini digunakan di dalam kelas bagi menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran agar pengajaran menjadi lebih berkesan pembelajaran menjadi lebih bermakna.. Sumber dari Internet.


Refleksi

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO PENDIDIKAN ISLAM

( TAHUN :3, BIDANG : AL-QURAN)

PENDAHULUAN

Pemikiran dan amalan refleksi menjadi amat dominan dalam dunia pengajaran

pada era pertengahan 80-an melalui usaha para pengkaji seperti Cruikshank (1985),

Calderhead (1989) dan Zeichner dan Liston (1987) yang giat membina pernyataan dan cadangan mengenai refleksi dalam pendidikan perguruan. Oleh yang demikian, dalam aspek pertama ini, pengkaji membincangkan kajian yang dijalankan oleh para penyelidik yang berkisar mengenai pengajaran reflektif daripada tahun 1985 hinggalah sekarang.Kebanyakan para penyelidik telah mengkaji pengajaran reflektif dengan tujuan untuk mempertingkatkan keupayaan guru pelatih dan pendidik agar berfikir dengan lebih rasional dan berobjektif tentang segala permasalahan yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.

 Pengajaran reflektif disifatkan sebagai mengaktifkan aktiviti kognitif, satu aktiviti yang aktif dan sangat bermakna bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan, membangunkan keprofesionalan diri,mempertingkatkan kefahaman dan menukarkan pengalaman kepada pembelajaran yang berkesan.  Shulman (1987) pula mendefinisikan refleksi sebagai satu fasa di mana guru meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah dalam aspek pembelajaran daripada pengalaman dan proses yang dipandukan oleh data yang ada.



PELAKSANAAN PENGAJARAN MAKRO

Saya Norlaily bt Md Zain dari kumpulan EL-P02 telah menyediakan Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Islam  tahun tiga. Pengajaran yang saya pilih adalah bidang Al-Quran, di mana murid saya perlu menguasai bacaan Surah Al-A’diyaat bermula dari ayat 1hingga 5. Murid saya adalah tahun 3 Delima dari Sekolah Kebangsaan Seri Gemilang, Butterworth Pulau Pinang. Jumlah murid adalah seramai 29 orang. Kelas ini di ketogerikan kelas sederhana.

Nilai-nilai murni yang saya terapkan ialah supaya murid saya rajin membaca  Al-Quran serta mengamalkan bacaan surah ini ketika melaksanakan ibadah solat lima waktu sehari semalam.Selain itu, nilai bekerjasama dalam bacaan berkumpulan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam menguasai bacaan agar lancar serta fasih.

Teknik pengajaran yang telah saya pilih ialah aplikasi dari mudah kepada sukar  iaitu saya memilih kalimah pendek yang terdapat dalam surah yang ingin dibacakan. Setelah murid menguasainya, kemahiran dikembangkan menjadi ayat-ayat mengikut nombor yang tardapat dalam surah . Pendekatan yang saya pilih berdasarkan teori Taksonomi Domain Kognitif Bloom ( Boom et al. 1989 ). Melalui tingkah laku murid seperti berfikir, merasa dan bertindak maka penyusunan objektif mengikut keupayaan murid dari mudah kepada susah. Aktiviti ini membolehkan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan.


REFLEKSI PENGAJARAN  MAKRO

1)    SET INDUKSI

Saya mulakan set induksi dengan bersoal jawab bersama murid, murid dapat menjawab soalan yang diberi berkaitan dengan surah yang hendak dibacakan. Soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan nama surah, jumlah ayat yang terkandung dalam surah dan dimanakah surah ini diturunkan. Soalan diajukan secara keseluruhan kelas, murid yang sukarela menjawab soalan dipilih terlebih dahulu.

KEKUATAN

Murid berminat untuk menjawab soalan yang diajukan kerana tidak semua murid tahu berkaitan surah yang hendak dibacakan dalam pengajaran hari itu. Sebahagian murid dapat menjawab soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan mereka sebelum ini.

KELEMAHAN

Murid yang lemah hanya mendiamkan diri dan tidak berusaha untuk menjawab soalan yang diajukan

2)     LANGKAH SATU

Dalam langkah satu saya menggunakan kad kalimah pendek dengan meminta seorang murid untuk membacakan kad kalimah di hadapan sementara murid yang lain mengikut bacaan murid tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu. Permainan ini diulang melebihi tiga kali bagi menarik minat membaca tanpa memilih murid yang pandai dan murid yang tidak pandai di dalam kelas tersebut.





KEKUATAN

Murid kelihatan seronok membaca kalimah dan melihat kawan mereka sama-sama membacakan kalimah pendek yang dipegang di hadapan kelas. Mereka cuba juga menyebut kalimah pendek walaupun terdapat sedikit kesalahan dalam bacaan.

KELEMAHAN

Terdapat juga murid yang tidak membaca kalimah tetapi hanya menggerakkan bibir sahaja jika tidak diperhatikan dengan baik.

3)     LANGKAH DUA

Saya meneruskan langkah dengan menggunakan kad kalimah ayat iaitu ayat satu hingga lima dalam surah Al-A’diyaat. Di sini mereka membacakan ayat dengan memerhatikan terdapatnya ulangan kalimah pendek yang telah dibacakan pada langkah satu.Penekanan yang diberikan adalah murid dapat membacakan ayat yang dipaparkan dengan sebutan yang betul.Mereka diminta untuk membunyikan ayat berulang kali. Kaedah latih tubi ini saya gunakan agar murid dapat membaca dan mengingat kalimah dengan lebih baik.

KEKUATAN

Murid dapat membaca dan berminat dengan kaedah ini, mereka kelihatan seronok membaca kalimah berulang kali. Penekanan diberikan kepada murid agar boleh membaca dengan betul  Seorang guru itu perlu mempunyai suara yang kuat agar mudah didengari oleh pelajar. Suara yang kuat akan merupakan keperluan seorang guru bagi memudahkan murid mendengar seterusnya membantu murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru. Apabila guru mempunyai suara yang kuat maka murid akan memberi tumpuan kepada pengajaran guru dan tidak menghiraukan sebarang gangguan.

KELEMAHAN

 Terdapat sesetengah murid yang bermain.Kelemahan yang  dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah guru tidak dapat mengikut masa seperti di dalam rancangan mengajar. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar.

LANGKAH TIGA

Dalam langkah yang ketiga saya gunakan kaedah perrmainan, dimana semua murid membacakan kembali surah Al-A’diyaat sementara diedarkan bekas pensel kepada setiap murid mengikut giliran. Selesai sahaja bacaan surah itu, murid yang di atas mejanya ada bekas pensel tersebut dikehendaki membacakan satu ayat daripada surah, begitulah seterusnya. . Saya sentiasa bergerak bagi mempastikan P&P berjaya.

KEKUATAN

Murid memang paling seronok dengan kaedah ini, sambil memerhatikan bacaan rakan mereka juga dikehendaki membaca surah secara tidak langsung. Ini membolehkan murid membaca dan mendengar dengan betul.

KELEMAHAN

Permasalahan timbul dari sudut kawalan kelas, murid agak teruja hingga kadang-kadang meninggikan suara kepada rakan  agar membaca dengan baik untuk kumpulan mereka.

4)    PENUTUP

Saya mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid sama-sama membacakan kembali surah Al-Adiyaat secara kelas dan saya mengingatkan murid supaya terus membaca surah ini di dalam solat juga dalam kehidupan seharian agar tidak lupa.

KEKUATAN

Murid boleh membaca secara kelas dengan baik kerana mereka telahpun mengetahui cara sebutan yang betul untuk membaca surah Al-Adiyaat ayat satu hingga lima.

KELEMAHAN

Murid yang yang lemah dalam bacaan masih ada, namun mereka cuba juga untuk membaca.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pembelajaran murid pada hari itu Setiap guru hendaklah kreatif menggunakan sumber yang ada di dalam kelas. Selain itu, guru juga haruslah mengambil kira sosio budaya dan ekonomi setempat agar pengajaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Saya perlu mengadakan penambahbaikan dengan merancang masa dengan betul supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar Hal ini juga akan memudahkan saya menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.



REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO PENDIDIKAN ISLAM,



REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

LANGKAH SATU ( BACAAN AYAT DALAM SURAH)

Dalam langkah satu murid diminta membacakan ayat yang terdapat pada kad yang dipegang oleh rakan mereka di hadapan kelas. Bacaan dimulakan secara kelas. Berkumpulan dan individu.

1)         KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.

            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

           

2)         KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.



3)         CARA MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

            Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.










Khamis, 3 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( PENDIDIKAN ISLAM)

Norlaily bt Md Zain ( EL-P02 )
D20102041897

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MATA PELAJARAN                           : Pendidikan Islam
BIDANG                                              : Al-Quran
TAHUN                                               : 3 Delima
BILANGAN MURID                            : 29 Orang
TARIKH                                              : 12 Oktober 2011
HARI                                                   : Rabu
MASA                                                 : 8.40-9.30 Pagi  (40 minit )
TAJUK                                                            : Surah Al-Aa’diyaat ( Ayat 1-5)
OBJEKTIF                                          : Pada Akhir Pembelajaran Murid Dapat:
 1.1 Membaca surah Al-Aa’diyaat dengan betul.
1.2 Membaca Surah Al-Aa’diyaat dengan betul dan      
      fasih.
1.3 Membaca Surah Al-Aa’diyaat dengan fasih dan   
      bertajwid.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID:
  Murid telah mengetahui bacaaan kalimah dan ayat    
  pendek di dalam Al-Quran di Kelas Fardu   Ain.

PENERAPAN NILAI                          : Rajin membaca Al-Quran, bekerjasama semasa
                                                            bacaan dalam kumpulan dan berani menyebut
                                                            bacaan ayat pendek yang terdapat dalam surah.

KBKK                                                 : Menjana idea, membuat gambaran mental,
        menghubungkait, menjelaskan, menghuraikan dan
        merumuskan.

KEPELBAGAIAN KECERDASAN    : Kecerdasan interpersonal,kecerdasan visual.

BAHAN BANTU MENGAJAR                       : Kad kalimah dan kad ayat.

RUJUKAN GURU                              :
1.    Buku Panduan Guru Pendidikan Islam (Tahun 3)
2.    Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 3 ( Jilid 1 )
3.    Buku Rujukan Sasbadi Pendidikan Islam Tahun 3 KBSR


Langkah/ masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi/ Kaedah/ABM/ Nilai/KBKK/ MI

Set Induksi
(5 minit )

Pendahuluan:
  • Bacaan Doa Belajar
  • Nama Surah:
( Al-Aa’diyaat)
  • Jumlah Ayat:
(1-5)

  1. Murid membaca doa belajar bersama-sama guru.
  2. Guru bersoaljawab berkaitan surah yang hendak dibacakan.

Strategi : Berpusatkan Murid
Kaedah : Mendengar dan soal jawab.
Nilai : Bersungguh-sungguh dan rajin.
KBKK : Membuat gambaran mental

Langkah 1
( 8 minit )

Kalimah dalam surah:
Ø $\Û÷6|Ê
Ø $\èø)tR
Ø $ºèøHsd

  1. Murid menyebut kalimah yang dipamerkan oleh guru secara  kelas kumpulan dan individu.
  2. Murid membaca kalimah sambil guru membetulkan bunyi bacaan mereka.


Strategi : Berpusatkan murid dan guru.
Kaedah: Mendengar, melihat dan soal jawab.
 Nilai : Berani untuk cuba membacakan kalimah dan rajin.
ABM: Kad Ayat.
KBKK : Menjana idea, membuat gambaran mental dan menjelaskan cara bacaan yang betul.
MI: Kecerdasan interpersonal dan kecerdasan visual-spatial.

Langkah 2
(12 minit )



Kad Ayat :
Surah Al-Aa’diyaat    (Ayat 1-5)
بسم الله الرحمن الرحيم

والعديت ضبحا

فالموريت قدحا
 
 فالمغيرت صبحا

 فاثرن به نقعا

 فوسطن به جمعا

  1. Murid menyebut ayat yang dipamerkan oleh guru secara  kelas kumpulan dan individu.
  2. Murid membaca kalimah sambil guru membetulkan bunyi bacaan mereka
  3. Murid diminta ke depan kelas untuk membacakan ayat sambil diikuti rakan-rakan yang lain.



Strategi : Berpusatkan murid dan guru.
Kaedah: Mendengar, melihat dan soal jawab.
 Nilai :
Berani untuk cuba membacakan ayat dan berusaha bersungguh-sungguh.
ABM: Kad Kalimah
KBKK : Menjana idea, membuat hubungkait diantara bacaan ayat ke dalam kalimah pendek dalam surah.
MI: Kecerdasan interpersonal dan kecerdasan visual-spatial.


Langkah 3
( 15 minit )

Aktiviti Main Peranan:
Aktiviti berkumpulan:
Surah Al-Aa’diyaat    (Ayat 1-5)

  1. Murid diberikan satu bekas pensel untuk diberikan kepada rakan disebelahnya sambil murid yang lain membacakan surah Al-Aa’diyaat bersama-sama.
  2. Apabila surah tersebut selesai dibaca, murid yang di atas mejanya ada bekas pensel itu akan terpilih untuk membacakan satu potongan ayat dalam surah Al-Aa;diyaat.
  3. Guru mendengar bacaan murid dan memperbetulkan sebutan huruf yang salah.

Strategi : Berpusatkan Murid
Kaedah : Mendengar dan soal jawab.
ABM :
Bekas Pensel
Nilai : Bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.
KBKK : Membuat gambaran mental
MI: Kecerdasan interpersonal dan kecerdasan visual-spatial

Penutup
( 5 minit )


Rumusan :
  • Bacaan Surah Aa’diyaat


  1. Murid diminta membaca surah Aa’diyaat bersama-sama sekali secara kelas.
  2. Murid diingatkan supaya membaca surah secara berterusan di rumah agar tidak lupa.

Strategi :
Berpusatkan guru dan murid.
Kaedah : Mendengar.
Nilai : Kerjasama dan hormat menghormati.
KBKK: Merumuskan



REFLEKSI GURU :
Murid seronok dapat membaca ayat-ayat tersebut ketika dalam permainan kumpulan. Walaupun begitu masih ada murid yang tidak dapat membaca ayat dalam surah Al-Aa’diyaat, mereka ini akan diberi pemulihan dalam waktu Tasmik.